Pro Mahasiswa UM adalah 1 kumpulan mahasiswa yang menyertai
pilihanraya kampus saban tahun. PRK sesi lepas memberi jalan kepada Pro M memegang
tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UM yang kini namanya Persatuan
Mahasiswa UM melalui kemenangan mereka.
Pro M yang mendominasi kerusi PMUM (26 dari 43 kerusi)
ternyata gagal berfungsi seperti yang sepatutnya, atau lebih sesuai dengan
kedudukan mereka:- tidak berfungsi seperti yang mereka gembar-gemburkan. Mereka
bukan sahaja lesu dan dalam gerak kerja, malah longlai dan bisu dalam alam
maya.
Post2 di page facebook PMUM entah apa2. Mereka asyik dengan
post mengenai ‘student union’, kebebasan akademik, bas yg dikendali mahasiswa
dan segala macam mitos purbakala. Sedang pada masa sama, mereka hanya
melelehkan air liur basi di pejabat yang berhawa dingin serta menikmati
pelancongan ke Australia, UK dan sebagainya.
Ia berbeza dengan beberapa ahli PMUM dari kumpulan Penggerak
Mahasiswa yang dilihat lebih laju dan bertenaga dalam gerak kerja. Contoh boleh
aku bagi di sini ialah Faridzuan dan Afiq Asnawi. Mereka bukan sahaja perform
di fakulti masing2, malah turut Nampak kedepan dan dekat dengan mahasiswa.
Ringkas kata, PMUM sesi ni teramat lemau nak dibanding dengan
sesi lepas, zaman Izham sbg YDP. Menyedihkan!
Aku bukan mahasiswa kepartian. Bagi aku parti2 dalam kampus
ni bullshit. Tapi aku mana boleh tahan kalau orang2 yg diberi amanah memimpin
tak buat seperti sepatutnya. Hangpa main teloq apa?!
Kenal siapa dalam gambar ni? Kalau tak kenal, nnt aku
kenalkan dalam next post.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete